Sunday, February 6, 2011

Ketika politik memadamkn istilah saudara…..

Salam….
Hahahha…..
Setelah pilihanraya umum 2008 dulu,muncul byk betul golongn ekstrem dari semua parti,xkira la parti pembangkang mahupun kerajaan. Konflik rasuah, kebajikan hatta masalah sosial slalu jadi bahan perbahasan yg penuh dgn bahasa2 carutan. Aku sebagai yg muda ni naik malu pon ade naik bosan pn ade bile topik2 politik ni memenuhi ruang otak ak walaupn di pagi raya. Xdinafikan memg penting politik ni,n ak memg la mengharapkn Islam dijadikan rujukan dlm menentukan undang2 negara. Ak menghayati sejarah walaupn ak xla hebat sejarah berdasarkn keputusan dlm kertas2 periksa. Tp bila ak tgk keadaan politik Malaysia yg meruncing,ak pon naik pening dgn dakyah pembangkang n kerajaan. Sampai dlm hati kecil dh terpahat ketidakpercaya kpd berita sensasi yg memanaskn otak 2.
Berbalik kpd isu yg ak sengaja bangkitkn ni,adlh disebbkn perubahan secara drastik sedara-mara ak dlm merancanakn tajuk2 politik ni. Kalo dulu bila ak balik kg diorg bleh bergelak ketawa,bertepuk bertampar,bergurau senda n bermcm ‘ber’ lg. Tp skrg bila ak blik kg je xhabis2 politik,wujud 2 pihak yg bertelagah. Satunya memback upkn golongn2 kerajaan n satu lg golongn2 pembangkang. Mgkn sebb diorg blek kg adlh kerana adanya nenek ak yg menjd anjakan paradigm diorg nk tekan minyak meluncur ke kg. Kalo satu ari nnt nenek ak dh menghadap pencipta xde la kot suasana meriah 2 lg. Malahn ad jugak kwn2 ak citer yg pakcik2 diorg xbertegur sapa sebb tau yg adik atau abang atau akak diorg xsama parti. Perg!! Hebat giler penangan politik ni ye.
Mgkin mentaliti rakyat Malaysia ni terlalu jumud n masih tertutup. Pada ak andai satu ari nnt ak berlainan parti ngn abg ak xde la ak nk putuskn saudara plak. Ak sekrg masih konfius bile nk mengundi nnt setelah byk giler dakyah yg masuk ke telinga ak. Cthnya “kalo ko undi mereka yg xmenegakkn islam ko sma2 berdosa,”, “eleh!dia 2 pon kate menegakkn islam tp kandang khinzir sebesar2 dibuat”, “kalo mcm 2 ak wat undi rosak je!!” . Hah!!  2 la die antara  kata2 yg menghempehkan politik Malaysia ni. Kita xnk la jd Thailand yg merusuh mcm org bodoh n merosakkn harta awam,akhirnya xde kerja n merugikan negara. Dlm sethun lg ak akn layak menjd pengundi,xkn la ak nk wat undi rosak plak. 2 xde moral punya perbuatan mlhn merugikan ak gak kalo tiba2 undang2 diubah akhirnya ak yg merana.
Dulu ak xsuka la parti ni bila die wat ceramah je,kutuk sana,kutuk sini,mencarut sana,mencarut sini. Malhn penyokong2 die smua menunjukkn kejumudan dlm menegakkn islam,menjadikn islam dipandang mundur n terlalu ekstrem. Tapi skrg diorg dh semakin matang,ahli diorg org2 bijak pandai n perjuangn semakin matang n bervisi. Tp masalahnya pulak diorg menunjukkn sikap lepas tgn bila isu2 yg membabitkn penghinaan islam bila dtg dr sekutu non-muslin mereka. Mereka mengkafirkn lawan yg ternyata islam tp menyokong org kafir yg pernah menyebut “nak tegakkn islam??langkah mayat saya dulu”. Mereka xpula menyelar bila sekutu mereka menyokong pertubuhan yg ingin hak2 org islam dilucut memandgkn agama lain perlu dilayan sama rata. Malhn mereka ambil golongn2 yg kecewa dr parti lwn utk dijadikn ahli n menjadikn sebg parti ‘balas dendam’. Membuatkn ak ragu2 kalau mereka berada diatas adkh keadilan ditegakkn atau mereka hanya nk tgk kejatuhan parti lwn. Jdlh sprt pak kaduk menang ahirnya merempat.
Ak suka pulak satu parti ni yg menunjukkn kesungguhn dlm memprjuangkn nasib rakyat. Xtaulh pulak kalo diorg pn dpt untung sama. Tp hebtnya diorg hingga nama Malaysia naik gah di mata dunia. Cuma masalahnya agama islam hanya bagaikn pembungkus roti yg dh expired. Maksud ak walaupun imej Negara islam 2 ada tp isinya hampir mencecah kosong. Pemimpin2 byk jugak yg kurg nilai agama,isteri2 diorg pon ramai xtutup aurat,hukum2 islam pon agak terabai. Walaupn xdinafikn nilai2 islam sudah mula bertapak kukuh kt Negara ni tp masih xcukup n sgt2 la kurg. Mereka byk menyokong hiburan n mereka fikir dgn hiburan boleh menjauhkan golongan belia dr keruntuhan akhlak,ttp mereka silp sebb golongn penghibur 2 pon dh membusuk berulat dh akhlak diorg. Xbleh guna,kalo ad pon sekelumit garam je,sikit sgt.
Mgkin realitinya xdpt la dikupas dr sudut pandgn budak2 mcm ak ni,dlm umur setahun jagung ape la yg ak dpt ungkapkn. Jauh lg kalo nk mengubah haluan Negara,malahn kalo nk diikutkn ada lg mereka2 yg beratus kali ganda hebat dr ak tp xdpt gak ubah haluan yg meruncing ni. Ape2 pon perlu ke sampai xbertegur sapa,kalo dlm parlimen 2 siap mencarut mengkeji,menunjukkan sifat membabi buta diorg. Adakah ak nk bersandrkn pemimpin yg xbermoral n mengajar nilai kotor kpd generasi muda?? Hmmm….org2 tua yg selalu fikir diri mereka betul membantuk sifat degil yg lebih keras dr keluli. Nk larut dlm air pon xbleh,rendam dlm api je la jwbnya.
Integriti istilah yg mengambarkn sifat jujur tanpa rasuah secara mudahnya. Tp sape pernah tgk citer “sivaji the boss” pasti pernah tgk adegan yg mane ketika kerajaan memerintah hampir berpuluh2 guni wang utk rasuah. Bila pembangkang naik je pon same gak berguni-guni duit utk rasuah. Maknanya ak xpercaya kalo pemerintah berubah rakyat Malaysia lebih berintegriti. Mgkin mereka boleh kata mereka rasuah sifar,tp kalo yg ckp 2 pn kaut duit bwh meja sape tau ye x?? Sekrg pon walau dh byk kes rasuah bocor tp masih ade lg. Dah pasti la sebhgn dr pemimpin raja segala rasuah,xkesah la dr pembangkang atau kerajaan mesti ade yg pecah amanah. Dh nama manusia xkn la berhati malaikat bile masuk parti yg berlilit kopiah. Walaupon gmbar penimbang yg sama level,tp bwh penimbng letak magnet sape yg tau.
Jgn sampai jd macam ni dh la....
Kesimpulannya,kita kene la contoh korea n jepun yg patriotic memperjuangkn kesejahteraan Negara. Bukan sebb kepentingn diri atau nak balas dendam,putuskn saudara sebb xsama ideology. Kutuk sana,kutuk sini wahlal buang masa kat kedai kopi. Cengkerang xkn bergerak kalau umang2 suka tidur. Apa2 pon xde maknanya putus saudara sebb politik,politik 2 adalh perjuangn bersama bukan satu pihak je. Menang jd abu kalah jd arang!!!!
<hamba mengundur jasad>

5 comments:

  1. salam buat saudara penulis. tahniah di atas overview anda terhadap dunia politik. sesungguhnya itulah asam garam politik m'sia.

    Pandangan kita bertembung dalam beberapa perkara. Saya melihat anda matang dalam mencari isu. Ya, inilah masalah yang dihadapi oleh mana-mana pasrti pun di m'sia. AKHLAK AHLI!

    Sesuci mana pun perjuangan mereka, mereka tetap manusia yg tidak maksum dari melakukan kesilapan. Namun, sebagai umat yang mengakui Islam sebagai agama yg perlu ditegakkan atas sandaran khalifah dan hamba Allah yg tergalas dipundak kita, maka perlulah kita nilai perjuangan manakah yg akan kita sertai.

    Ya, isu akhlak ni berbalik kepada tunjang atau asas sebuah parti politik. Bila mana parti boleh bertindak matang untuk menggerakkan sendi2 lain selain figura politiknya untuk menentang isu2 yang timbul, maka ia lebih mudah, selamat dan baik untuk kemaslahatan ahlinya. Maka, tindakan menyelar kenapa tidak ambil tindakan itu kurang tepat. Mereka ambil tindakan melalui medium lain. Saya cadangkan anda kaji kesatuan2 yang ada di m'sia dan fungsinya sebagai proksi kepada apa yg anda lihat sebagai entiti politik.

    Entiti politik takkan berdiri gah tanpa kefahaman dan kebersamaan dlm kalangan ahli. Saya cadangkn anda kaji struktur komponen parti untuk anda nilai sendiri perjuangn yang manakan paling konsisten, bersih, dan berlandaskan apa yang anda perjuangkan iaitu Islam. Saya cadangkan juga anda lihat percaturan politik m'sia ini sebagai satu komponen penting yg mencorak masa depan anak anda. Dan yg paling penting saya cadangkan anda kajilah sejarah kemerdekaan m'sia, darurat, caknalah isu2 semasa..maka anda akan sedar dan lebih matang dlm kupasan isu ini.

    Moga Allah terus memberi petunjuk kepada kita.
    Syukran kerana membuka minda saya. Diharapkan anda lebih jelas akan perjuangan manakah yang benar, tepat dan perhatikanlah sumber yg anda baca kerana dikhuatiri bukanlah dr sumber2 yg muktabar..hehe. wallahu'alam. bersama kita memimpin perubahan! bangkit2! mahasiswa!
    -mahasiswa sedar!-

    ReplyDelete
  2. tambahan.

    parti cuma medium untuk kita berjuang. apa yg kita juangkan adalah Islam. Tapi kita sentiasa kena ingat, perjuangan Islam itu mesti tertegak atas keruntuhan jahiliyyah dan tak boleh bercampur. maka, jika hukum berjuang mempertahankan Islam itu wajib, jatuhlah hukum wajib juga untuk kita berada dalam satu kesatuan untuk memperjuangkan Islam. Moga keberadaan kita dlm organisasi itu mampu menambah baik dan seterusnya menghasilkan momentum perjuangan yg tinggi bagi mencapai kemenangan. Kalau bukan kita yg pandaini, siapa lg nk berjuang. Berjuanglah sesuai dgn kebolehan masing2 kerana kita bakal ditanya kemana kita halakan kebolehan kita ini? perjuangan Islam @ kita tak hiraukan ia..lantaklah nk jadi apa! Negara Islam ke tak ke..biar! no. kena gila baca sirah. tgk apa nabi buat. politik= penubuhan madinah yang menjadikan para alim ulama' sebagai barisan kepimpinan. Menjadikan udg2 ISLAM sebagai udg2. dan mcm2 lagi. Ini semua hanya akan tercapai dgn langkah pertma yg rasulullah buat, memegang tampuk pemerintahan madinah. ya. terbukti bhw kuasa perlu dlm mengubah landskap ummah dlm skala besar. ehe. hujah ini tamat di sini.maaf jika ia tidak menyenangkn ya. cuma pendapat sj. wallahu'alam......

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada saudari yang memberikan komen. Terkejut juga kerana ada yang membaca artikel merapu ketika bosan ni. Tapi benar kata saudari,kerana propaganda yang amat meluas sampaikan kebenarannya kita tak tahu dipihak mana. Saya memilih pendirian bebas dalam hal ini, dan saya mengharapkan adanya reformasi baru dari golongan mahasiswa. Rentak politik Malaysia kini terlalu menyesakkan minda saya. Andai kita generasi baru dpat menanggalkan selaput sombong pemerintah dan pembangkang. Saya yakin bukan sahaja islam malah perpaduan dpat direalisasikan. Malaysia akan maju dari segi akhlak dan ekonominya. Terima kasih sekali lagi kerana peka dengan suara hati saya yang hampir tak didengari oleh sesiapa. Hahaha...

    ReplyDelete
  4. adalah mengambil masa yg lama untuk kebgkitn mahasiswa dlm konteks nk bina parti br. Apa yg kita mahasiswa blh buat, kita koreksi parti yg ada dgn cdgn dan pndgn serta gerak kerja yg mantap selepass kita invlve....ini masanya kita wujudkn satu gerakan pmbaharuan menuju keluk ketiga pemerintahan parti2 di m'sia. seronok berbincg..
    aha. mgkin sbb saya mengkajinya dan pilihan telah saya buat..yah~~
    'alaikum bil jamaah': diwajibkan atas kamu b'jemaah...so, menyahut sbda nabi, kita pilihlah satu organisasi yg tepat dikampus untuk kita tingkatkn diri kita dlm masa yg sama kita juangkan Islam dan kita pilih yg betul la di m'sia nih. pilihlah orgnssi yg betul2 menghmpiri perjuangan Rasulullah dan akhlak pemimpinnya menghampiri akhlak nabi serta sahabat2nya ; ) wallahu'alam....sekadar berkongsi...jgn serik ke blog saya...heh

    ReplyDelete
  5. betul juga kata saudari,cme sy agak terkilan dengan segelintir mahasiswa yang fanatik lalu memadamkan persaudaraan kerana berlainan ideologi. Sepertinya mereka meneruskan delegasi dendam golongan tua. Andai dinilai siapa salah sememangny tiadalah sya punya hak. Reformasi yg saya harapkan adalah tiada istilah musuh dalam politik tapi kerajaan dan pembangkang adlah saudara. Andai sifat itu dapat ditunjukkan badan kepimpinan universiti, alakah bagusnya...hehe..

    ReplyDelete