Sunday, February 6, 2011

Ketika politik memadamkn istilah saudara…..

Salam….
Hahahha…..
Setelah pilihanraya umum 2008 dulu,muncul byk betul golongn ekstrem dari semua parti,xkira la parti pembangkang mahupun kerajaan. Konflik rasuah, kebajikan hatta masalah sosial slalu jadi bahan perbahasan yg penuh dgn bahasa2 carutan. Aku sebagai yg muda ni naik malu pon ade naik bosan pn ade bile topik2 politik ni memenuhi ruang otak ak walaupn di pagi raya. Xdinafikan memg penting politik ni,n ak memg la mengharapkn Islam dijadikan rujukan dlm menentukan undang2 negara. Ak menghayati sejarah walaupn ak xla hebat sejarah berdasarkn keputusan dlm kertas2 periksa. Tp bila ak tgk keadaan politik Malaysia yg meruncing,ak pon naik pening dgn dakyah pembangkang n kerajaan. Sampai dlm hati kecil dh terpahat ketidakpercaya kpd berita sensasi yg memanaskn otak 2.
Berbalik kpd isu yg ak sengaja bangkitkn ni,adlh disebbkn perubahan secara drastik sedara-mara ak dlm merancanakn tajuk2 politik ni. Kalo dulu bila ak balik kg diorg bleh bergelak ketawa,bertepuk bertampar,bergurau senda n bermcm ‘ber’ lg. Tp skrg bila ak blik kg je xhabis2 politik,wujud 2 pihak yg bertelagah. Satunya memback upkn golongn2 kerajaan n satu lg golongn2 pembangkang. Mgkn sebb diorg blek kg adlh kerana adanya nenek ak yg menjd anjakan paradigm diorg nk tekan minyak meluncur ke kg. Kalo satu ari nnt nenek ak dh menghadap pencipta xde la kot suasana meriah 2 lg. Malahn ad jugak kwn2 ak citer yg pakcik2 diorg xbertegur sapa sebb tau yg adik atau abang atau akak diorg xsama parti. Perg!! Hebat giler penangan politik ni ye.
Mgkin mentaliti rakyat Malaysia ni terlalu jumud n masih tertutup. Pada ak andai satu ari nnt ak berlainan parti ngn abg ak xde la ak nk putuskn saudara plak. Ak sekrg masih konfius bile nk mengundi nnt setelah byk giler dakyah yg masuk ke telinga ak. Cthnya “kalo ko undi mereka yg xmenegakkn islam ko sma2 berdosa,”, “eleh!dia 2 pon kate menegakkn islam tp kandang khinzir sebesar2 dibuat”, “kalo mcm 2 ak wat undi rosak je!!” . Hah!!  2 la die antara  kata2 yg menghempehkan politik Malaysia ni. Kita xnk la jd Thailand yg merusuh mcm org bodoh n merosakkn harta awam,akhirnya xde kerja n merugikan negara. Dlm sethun lg ak akn layak menjd pengundi,xkn la ak nk wat undi rosak plak. 2 xde moral punya perbuatan mlhn merugikan ak gak kalo tiba2 undang2 diubah akhirnya ak yg merana.
Dulu ak xsuka la parti ni bila die wat ceramah je,kutuk sana,kutuk sini,mencarut sana,mencarut sini. Malhn penyokong2 die smua menunjukkn kejumudan dlm menegakkn islam,menjadikn islam dipandang mundur n terlalu ekstrem. Tapi skrg diorg dh semakin matang,ahli diorg org2 bijak pandai n perjuangn semakin matang n bervisi. Tp masalahnya pulak diorg menunjukkn sikap lepas tgn bila isu2 yg membabitkn penghinaan islam bila dtg dr sekutu non-muslin mereka. Mereka mengkafirkn lawan yg ternyata islam tp menyokong org kafir yg pernah menyebut “nak tegakkn islam??langkah mayat saya dulu”. Mereka xpula menyelar bila sekutu mereka menyokong pertubuhan yg ingin hak2 org islam dilucut memandgkn agama lain perlu dilayan sama rata. Malhn mereka ambil golongn2 yg kecewa dr parti lwn utk dijadikn ahli n menjadikn sebg parti ‘balas dendam’. Membuatkn ak ragu2 kalau mereka berada diatas adkh keadilan ditegakkn atau mereka hanya nk tgk kejatuhan parti lwn. Jdlh sprt pak kaduk menang ahirnya merempat.
Ak suka pulak satu parti ni yg menunjukkn kesungguhn dlm memprjuangkn nasib rakyat. Xtaulh pulak kalo diorg pn dpt untung sama. Tp hebtnya diorg hingga nama Malaysia naik gah di mata dunia. Cuma masalahnya agama islam hanya bagaikn pembungkus roti yg dh expired. Maksud ak walaupun imej Negara islam 2 ada tp isinya hampir mencecah kosong. Pemimpin2 byk jugak yg kurg nilai agama,isteri2 diorg pon ramai xtutup aurat,hukum2 islam pon agak terabai. Walaupn xdinafikn nilai2 islam sudah mula bertapak kukuh kt Negara ni tp masih xcukup n sgt2 la kurg. Mereka byk menyokong hiburan n mereka fikir dgn hiburan boleh menjauhkan golongan belia dr keruntuhan akhlak,ttp mereka silp sebb golongn penghibur 2 pon dh membusuk berulat dh akhlak diorg. Xbleh guna,kalo ad pon sekelumit garam je,sikit sgt.
Mgkin realitinya xdpt la dikupas dr sudut pandgn budak2 mcm ak ni,dlm umur setahun jagung ape la yg ak dpt ungkapkn. Jauh lg kalo nk mengubah haluan Negara,malahn kalo nk diikutkn ada lg mereka2 yg beratus kali ganda hebat dr ak tp xdpt gak ubah haluan yg meruncing ni. Ape2 pon perlu ke sampai xbertegur sapa,kalo dlm parlimen 2 siap mencarut mengkeji,menunjukkan sifat membabi buta diorg. Adakah ak nk bersandrkn pemimpin yg xbermoral n mengajar nilai kotor kpd generasi muda?? Hmmm….org2 tua yg selalu fikir diri mereka betul membantuk sifat degil yg lebih keras dr keluli. Nk larut dlm air pon xbleh,rendam dlm api je la jwbnya.
Integriti istilah yg mengambarkn sifat jujur tanpa rasuah secara mudahnya. Tp sape pernah tgk citer “sivaji the boss” pasti pernah tgk adegan yg mane ketika kerajaan memerintah hampir berpuluh2 guni wang utk rasuah. Bila pembangkang naik je pon same gak berguni-guni duit utk rasuah. Maknanya ak xpercaya kalo pemerintah berubah rakyat Malaysia lebih berintegriti. Mgkin mereka boleh kata mereka rasuah sifar,tp kalo yg ckp 2 pn kaut duit bwh meja sape tau ye x?? Sekrg pon walau dh byk kes rasuah bocor tp masih ade lg. Dah pasti la sebhgn dr pemimpin raja segala rasuah,xkesah la dr pembangkang atau kerajaan mesti ade yg pecah amanah. Dh nama manusia xkn la berhati malaikat bile masuk parti yg berlilit kopiah. Walaupon gmbar penimbang yg sama level,tp bwh penimbng letak magnet sape yg tau.
Jgn sampai jd macam ni dh la....
Kesimpulannya,kita kene la contoh korea n jepun yg patriotic memperjuangkn kesejahteraan Negara. Bukan sebb kepentingn diri atau nak balas dendam,putuskn saudara sebb xsama ideology. Kutuk sana,kutuk sini wahlal buang masa kat kedai kopi. Cengkerang xkn bergerak kalau umang2 suka tidur. Apa2 pon xde maknanya putus saudara sebb politik,politik 2 adalh perjuangn bersama bukan satu pihak je. Menang jd abu kalah jd arang!!!!
<hamba mengundur jasad>