Tuesday, May 31, 2011

Cerita yg menghantui teruna2 skrg..

Salam……….

                Kisah Zahari nama samaran sahaja bermula sejak cinta pertama dengan si A. Cinta ideal bermula dibangku sekolah lagi,kerana couple bervisi dan bermisi Zahari dan si A menjejakkan kaki ke universiti. Cinta yang konon-kononnya suci berterusan sampai kedua-duanya bergraduasi. Menjadikan mereka lebih efisien untuk digelar merpati dua sejoli. Zahari mendapat kerja yang menawarkan gaji empat angka cukup untuk menampung sara diri dan menyimpan. Si A juga  kurang hebatnya jawatan exekutif sesuai dengan kemampuan dan pelajaran. Namun,setelah setahun dua bekerja si A mula bermasam durja. Hajat melihat Zahari meminang tak kunjung tiba. Zahari mula cuak hati berdebar, setakat kerja setahun dua apalah yang boleh dia ada. Ditambah pula ibu bapa si A demand  gila-gila, anak bergraduan hantaran puluhan ribu diminta. Mahu berhutang kerana waliumatul urus memang lah tak kena. Majlis sehari bebannya sepanjang nyawa. Jadi papa setelah berumah tangga memang trend zaman manusia sekarang yang akal diletak di buku lima. Akhirnya si A dikebas orang yang lebih kaya. Hartawan sawit berpuluh ribu pendapatannya. Meninggalkan Zahari terkulat-kulat terpinga-pinga,frust menonggeng la jawabnya.
               
                Namun kecewa itu tidak lah lama, dengan wajah yang sedikit marketnya apatah lagi berkerjaya si B pula menambat hati teruna. Anak dato’ bermewah sentiasa tapi sanggup menerima Zahari yang berwatak biasa. Namun pemurah si B menggusarkan jiwa,pemurahnya berbelanja barangan berjenama. Zahari terasa bagai ditaja,nak dikata anak ikan layaklah juga, Zahari mula menolak gula. Si B mula berubah watak, dikatakan Zahari kuranglah segak berkereta biasa tak punya lagak. Nak dibandingkan dengannya bagai tak layak. Akhirnya si B pergi jua bersama jantan hebat bergaya,berkereta mewah pakaian berjenama. Zahari kecewa kali kedua,pasrah dengan ketentuan pencipta.

                Sudah berpurnama hidup sendiri si C pula mengetuk pintu hati,gadis romantik penuh motivasi. Hati luka mula diubati,Zahari terasa kembali dihargai. Setelah lama bersua muka bersedialah Zahari menyunting bunga. Dengan duit simpanannya yang sepatutnya diguna lama terbengkalai sebelumnya di dua cerita. Tapi disaat2 ingin melamar,si C pula berubah perangai. Zahari sedikit terasai bingai apalah salah Zahari cuba merungkai. Dikatakan Zahari tidak prihatin berhati kayu bersifat dingin. Zahari akui tak pandai bermadah berkata,hendak memujuk ayat berbunga. Sudah berkepuk novel hadiah si C khatam di baca,ayat-ayat cinta tak lekat di kepala. Akhirnya si C kembali ke kekasih lama. Jantan jambu berjiwang sentiasa,mulut bertebu gigi bergula. Ayat manis bergulung keluar.

                Zahari membawa diri ke kampung, membetulkan jiwa yang mula serong. Ibu diharap menjadi pendorong,Zahari tak kisah walau di pelangkung. Setelah dibasuh selepuk dua,Zahari kini mula tersedar. Darah muda dan terburu-buru menjadi asbab dirundung pilu. Cinta ikut syaitan memang begitu,Furqan dan Sunnah ikut tak mahu. Jodoh diserah kepada orang tua, Zahari tak kesah pilihan ibunya asalkan punya iman dan berbudi bahasa. Tak kiralah anak dara mahupun janda. On the spot ibunya membuat putus kata, anak pak bilal lulusan luar Negara. Ibunya pun dah usha lama, tunggu Zahari melutut meminta. Anak pak bilal si S namanya, orangnya manis,muslimah sejati,berkerjaya  pakej lengkap lah senang kata. Ibu Zahari menjeling Zahari tandanya dia bukanlah hebat sekadar teori,praktikal juga telah terbukti.

                Majlis sedarhana hanya wajib diutama, kenduri kecil-kecilan berpada-pada. Zahari syukur berasa bahagia. Perkahwinan direstui dapat pula isteri solehah. Setelah bertahun melayari bahtera,hidup Zahari terancang sempurna kini dia sambung belajar target untk mendapat Phd pula. Isterinya S berimpian sama harta dikumpul untuk hari tua membeli asset mengembang ekonomi keluarga.  Ilmu agama menjadi asas hidupnya. Mewah tidak tapi senang itu ada,hutang bukan masalah utama kerana kebanyakannya  cash tak memening kepala.

                Lain pula cerita si A, dapat lelaki kaya meninggi diri kenduri kahwin macam anak menteri. Rupanya biasa hujan ditengah hari, isteri ketiga si A jadi. Sudah ketiga berahsia pula mati-mati si A ingat suami sibuk berniaga natijahnya berbahagi hari utk isteri-isterinya. Tembelang tak akan bertahan lama si A dan madu-madunya berperang besar.Si suami bukanlah suami mithali diam-diam ke siam berkahwin lagi. Tinggallah si A berulam jantung berlauk hati.

                Si B pula lain cerita memang suami hebat bergaya nak tidur selalu mencuci muka.Kulitnya licin bagai mak nyah berwibawa, berbaju korea berkaca mata. Tapi suami malas kerja mengharap si B mencari harta si suami berlengkar bagai ular sawa. Bapak si B pun muak hendak menaja anak menantu satu sen tak guna menghabiskan beras bawang dan pegaga. Si B dah macam hamba abdi anak ramai rumah dah macam reban kambing biri-biri. Nasib badan nasib di cari.

                Si C mestilah lebih kurang sama. Suami memang pandai berbicara kaki kelentong kaki buaya hidup-hidup si C ditipu selamba. Tiap malam berganti wanita bukan tahap kasanova, gigolo bohjan dah tahap barua. Berganti perempuan macam ganti tisu muka depan si C pijak semut pun semut ketawa. Akhirnya nasib si C sedih sekali terkejut beruk di sahkan HIV. Punca suami patut di ‘kasi’!!!!!

Ini iktibar untuk semua yang kemaruk kahwin dan mengharap yang sempurna, yang tangkap muat tanpa restu ibu bapa apatah yang berniat untuk terlanjur nikah  postpone sentiasa. Lagi-lagi yang seluar kecik mak bapak taja ada hati berhabis kerana marka. Jodoh itu tuhan empunya tapi manusia perlu usaha, solat istikharah jalan dah ada,solat hajat senjata kita. Kalo bercinta ikut nafsu memang banyak cerita begitu belum nikah ramai dah layu. Bagi yang belum bersedia jangan memandai nak cuba-cuba,takut hidup huru-hara pelajaran lingkup tak cukup nyawa. Cerita diambil iktibar bersama,yang menulis ni pon ciplak cerita sesame hamba. Allah perintah manusia berpesan sesama kita, kalo tak boleh terima lantak kau lah manusia. Lantak kau lah MANUSIA!!!!!!m