Tuesday, May 31, 2011

Cerita yg menghantui teruna2 skrg..

Salam……….

                Kisah Zahari nama samaran sahaja bermula sejak cinta pertama dengan si A. Cinta ideal bermula dibangku sekolah lagi,kerana couple bervisi dan bermisi Zahari dan si A menjejakkan kaki ke universiti. Cinta yang konon-kononnya suci berterusan sampai kedua-duanya bergraduasi. Menjadikan mereka lebih efisien untuk digelar merpati dua sejoli. Zahari mendapat kerja yang menawarkan gaji empat angka cukup untuk menampung sara diri dan menyimpan. Si A juga  kurang hebatnya jawatan exekutif sesuai dengan kemampuan dan pelajaran. Namun,setelah setahun dua bekerja si A mula bermasam durja. Hajat melihat Zahari meminang tak kunjung tiba. Zahari mula cuak hati berdebar, setakat kerja setahun dua apalah yang boleh dia ada. Ditambah pula ibu bapa si A demand  gila-gila, anak bergraduan hantaran puluhan ribu diminta. Mahu berhutang kerana waliumatul urus memang lah tak kena. Majlis sehari bebannya sepanjang nyawa. Jadi papa setelah berumah tangga memang trend zaman manusia sekarang yang akal diletak di buku lima. Akhirnya si A dikebas orang yang lebih kaya. Hartawan sawit berpuluh ribu pendapatannya. Meninggalkan Zahari terkulat-kulat terpinga-pinga,frust menonggeng la jawabnya.
               
                Namun kecewa itu tidak lah lama, dengan wajah yang sedikit marketnya apatah lagi berkerjaya si B pula menambat hati teruna. Anak dato’ bermewah sentiasa tapi sanggup menerima Zahari yang berwatak biasa. Namun pemurah si B menggusarkan jiwa,pemurahnya berbelanja barangan berjenama. Zahari terasa bagai ditaja,nak dikata anak ikan layaklah juga, Zahari mula menolak gula. Si B mula berubah watak, dikatakan Zahari kuranglah segak berkereta biasa tak punya lagak. Nak dibandingkan dengannya bagai tak layak. Akhirnya si B pergi jua bersama jantan hebat bergaya,berkereta mewah pakaian berjenama. Zahari kecewa kali kedua,pasrah dengan ketentuan pencipta.

                Sudah berpurnama hidup sendiri si C pula mengetuk pintu hati,gadis romantik penuh motivasi. Hati luka mula diubati,Zahari terasa kembali dihargai. Setelah lama bersua muka bersedialah Zahari menyunting bunga. Dengan duit simpanannya yang sepatutnya diguna lama terbengkalai sebelumnya di dua cerita. Tapi disaat2 ingin melamar,si C pula berubah perangai. Zahari sedikit terasai bingai apalah salah Zahari cuba merungkai. Dikatakan Zahari tidak prihatin berhati kayu bersifat dingin. Zahari akui tak pandai bermadah berkata,hendak memujuk ayat berbunga. Sudah berkepuk novel hadiah si C khatam di baca,ayat-ayat cinta tak lekat di kepala. Akhirnya si C kembali ke kekasih lama. Jantan jambu berjiwang sentiasa,mulut bertebu gigi bergula. Ayat manis bergulung keluar.

                Zahari membawa diri ke kampung, membetulkan jiwa yang mula serong. Ibu diharap menjadi pendorong,Zahari tak kisah walau di pelangkung. Setelah dibasuh selepuk dua,Zahari kini mula tersedar. Darah muda dan terburu-buru menjadi asbab dirundung pilu. Cinta ikut syaitan memang begitu,Furqan dan Sunnah ikut tak mahu. Jodoh diserah kepada orang tua, Zahari tak kesah pilihan ibunya asalkan punya iman dan berbudi bahasa. Tak kiralah anak dara mahupun janda. On the spot ibunya membuat putus kata, anak pak bilal lulusan luar Negara. Ibunya pun dah usha lama, tunggu Zahari melutut meminta. Anak pak bilal si S namanya, orangnya manis,muslimah sejati,berkerjaya  pakej lengkap lah senang kata. Ibu Zahari menjeling Zahari tandanya dia bukanlah hebat sekadar teori,praktikal juga telah terbukti.

                Majlis sedarhana hanya wajib diutama, kenduri kecil-kecilan berpada-pada. Zahari syukur berasa bahagia. Perkahwinan direstui dapat pula isteri solehah. Setelah bertahun melayari bahtera,hidup Zahari terancang sempurna kini dia sambung belajar target untk mendapat Phd pula. Isterinya S berimpian sama harta dikumpul untuk hari tua membeli asset mengembang ekonomi keluarga.  Ilmu agama menjadi asas hidupnya. Mewah tidak tapi senang itu ada,hutang bukan masalah utama kerana kebanyakannya  cash tak memening kepala.

                Lain pula cerita si A, dapat lelaki kaya meninggi diri kenduri kahwin macam anak menteri. Rupanya biasa hujan ditengah hari, isteri ketiga si A jadi. Sudah ketiga berahsia pula mati-mati si A ingat suami sibuk berniaga natijahnya berbahagi hari utk isteri-isterinya. Tembelang tak akan bertahan lama si A dan madu-madunya berperang besar.Si suami bukanlah suami mithali diam-diam ke siam berkahwin lagi. Tinggallah si A berulam jantung berlauk hati.

                Si B pula lain cerita memang suami hebat bergaya nak tidur selalu mencuci muka.Kulitnya licin bagai mak nyah berwibawa, berbaju korea berkaca mata. Tapi suami malas kerja mengharap si B mencari harta si suami berlengkar bagai ular sawa. Bapak si B pun muak hendak menaja anak menantu satu sen tak guna menghabiskan beras bawang dan pegaga. Si B dah macam hamba abdi anak ramai rumah dah macam reban kambing biri-biri. Nasib badan nasib di cari.

                Si C mestilah lebih kurang sama. Suami memang pandai berbicara kaki kelentong kaki buaya hidup-hidup si C ditipu selamba. Tiap malam berganti wanita bukan tahap kasanova, gigolo bohjan dah tahap barua. Berganti perempuan macam ganti tisu muka depan si C pijak semut pun semut ketawa. Akhirnya nasib si C sedih sekali terkejut beruk di sahkan HIV. Punca suami patut di ‘kasi’!!!!!

Ini iktibar untuk semua yang kemaruk kahwin dan mengharap yang sempurna, yang tangkap muat tanpa restu ibu bapa apatah yang berniat untuk terlanjur nikah  postpone sentiasa. Lagi-lagi yang seluar kecik mak bapak taja ada hati berhabis kerana marka. Jodoh itu tuhan empunya tapi manusia perlu usaha, solat istikharah jalan dah ada,solat hajat senjata kita. Kalo bercinta ikut nafsu memang banyak cerita begitu belum nikah ramai dah layu. Bagi yang belum bersedia jangan memandai nak cuba-cuba,takut hidup huru-hara pelajaran lingkup tak cukup nyawa. Cerita diambil iktibar bersama,yang menulis ni pon ciplak cerita sesame hamba. Allah perintah manusia berpesan sesama kita, kalo tak boleh terima lantak kau lah manusia. Lantak kau lah MANUSIA!!!!!!m

Sunday, February 6, 2011

Ketika politik memadamkn istilah saudara…..

Salam….
Hahahha…..
Setelah pilihanraya umum 2008 dulu,muncul byk betul golongn ekstrem dari semua parti,xkira la parti pembangkang mahupun kerajaan. Konflik rasuah, kebajikan hatta masalah sosial slalu jadi bahan perbahasan yg penuh dgn bahasa2 carutan. Aku sebagai yg muda ni naik malu pon ade naik bosan pn ade bile topik2 politik ni memenuhi ruang otak ak walaupn di pagi raya. Xdinafikan memg penting politik ni,n ak memg la mengharapkn Islam dijadikan rujukan dlm menentukan undang2 negara. Ak menghayati sejarah walaupn ak xla hebat sejarah berdasarkn keputusan dlm kertas2 periksa. Tp bila ak tgk keadaan politik Malaysia yg meruncing,ak pon naik pening dgn dakyah pembangkang n kerajaan. Sampai dlm hati kecil dh terpahat ketidakpercaya kpd berita sensasi yg memanaskn otak 2.
Berbalik kpd isu yg ak sengaja bangkitkn ni,adlh disebbkn perubahan secara drastik sedara-mara ak dlm merancanakn tajuk2 politik ni. Kalo dulu bila ak balik kg diorg bleh bergelak ketawa,bertepuk bertampar,bergurau senda n bermcm ‘ber’ lg. Tp skrg bila ak blik kg je xhabis2 politik,wujud 2 pihak yg bertelagah. Satunya memback upkn golongn2 kerajaan n satu lg golongn2 pembangkang. Mgkn sebb diorg blek kg adlh kerana adanya nenek ak yg menjd anjakan paradigm diorg nk tekan minyak meluncur ke kg. Kalo satu ari nnt nenek ak dh menghadap pencipta xde la kot suasana meriah 2 lg. Malahn ad jugak kwn2 ak citer yg pakcik2 diorg xbertegur sapa sebb tau yg adik atau abang atau akak diorg xsama parti. Perg!! Hebat giler penangan politik ni ye.
Mgkin mentaliti rakyat Malaysia ni terlalu jumud n masih tertutup. Pada ak andai satu ari nnt ak berlainan parti ngn abg ak xde la ak nk putuskn saudara plak. Ak sekrg masih konfius bile nk mengundi nnt setelah byk giler dakyah yg masuk ke telinga ak. Cthnya “kalo ko undi mereka yg xmenegakkn islam ko sma2 berdosa,”, “eleh!dia 2 pon kate menegakkn islam tp kandang khinzir sebesar2 dibuat”, “kalo mcm 2 ak wat undi rosak je!!” . Hah!!  2 la die antara  kata2 yg menghempehkan politik Malaysia ni. Kita xnk la jd Thailand yg merusuh mcm org bodoh n merosakkn harta awam,akhirnya xde kerja n merugikan negara. Dlm sethun lg ak akn layak menjd pengundi,xkn la ak nk wat undi rosak plak. 2 xde moral punya perbuatan mlhn merugikan ak gak kalo tiba2 undang2 diubah akhirnya ak yg merana.
Dulu ak xsuka la parti ni bila die wat ceramah je,kutuk sana,kutuk sini,mencarut sana,mencarut sini. Malhn penyokong2 die smua menunjukkn kejumudan dlm menegakkn islam,menjadikn islam dipandang mundur n terlalu ekstrem. Tapi skrg diorg dh semakin matang,ahli diorg org2 bijak pandai n perjuangn semakin matang n bervisi. Tp masalahnya pulak diorg menunjukkn sikap lepas tgn bila isu2 yg membabitkn penghinaan islam bila dtg dr sekutu non-muslin mereka. Mereka mengkafirkn lawan yg ternyata islam tp menyokong org kafir yg pernah menyebut “nak tegakkn islam??langkah mayat saya dulu”. Mereka xpula menyelar bila sekutu mereka menyokong pertubuhan yg ingin hak2 org islam dilucut memandgkn agama lain perlu dilayan sama rata. Malhn mereka ambil golongn2 yg kecewa dr parti lwn utk dijadikn ahli n menjadikn sebg parti ‘balas dendam’. Membuatkn ak ragu2 kalau mereka berada diatas adkh keadilan ditegakkn atau mereka hanya nk tgk kejatuhan parti lwn. Jdlh sprt pak kaduk menang ahirnya merempat.
Ak suka pulak satu parti ni yg menunjukkn kesungguhn dlm memprjuangkn nasib rakyat. Xtaulh pulak kalo diorg pn dpt untung sama. Tp hebtnya diorg hingga nama Malaysia naik gah di mata dunia. Cuma masalahnya agama islam hanya bagaikn pembungkus roti yg dh expired. Maksud ak walaupun imej Negara islam 2 ada tp isinya hampir mencecah kosong. Pemimpin2 byk jugak yg kurg nilai agama,isteri2 diorg pon ramai xtutup aurat,hukum2 islam pon agak terabai. Walaupn xdinafikn nilai2 islam sudah mula bertapak kukuh kt Negara ni tp masih xcukup n sgt2 la kurg. Mereka byk menyokong hiburan n mereka fikir dgn hiburan boleh menjauhkan golongan belia dr keruntuhan akhlak,ttp mereka silp sebb golongn penghibur 2 pon dh membusuk berulat dh akhlak diorg. Xbleh guna,kalo ad pon sekelumit garam je,sikit sgt.
Mgkin realitinya xdpt la dikupas dr sudut pandgn budak2 mcm ak ni,dlm umur setahun jagung ape la yg ak dpt ungkapkn. Jauh lg kalo nk mengubah haluan Negara,malahn kalo nk diikutkn ada lg mereka2 yg beratus kali ganda hebat dr ak tp xdpt gak ubah haluan yg meruncing ni. Ape2 pon perlu ke sampai xbertegur sapa,kalo dlm parlimen 2 siap mencarut mengkeji,menunjukkan sifat membabi buta diorg. Adakah ak nk bersandrkn pemimpin yg xbermoral n mengajar nilai kotor kpd generasi muda?? Hmmm….org2 tua yg selalu fikir diri mereka betul membantuk sifat degil yg lebih keras dr keluli. Nk larut dlm air pon xbleh,rendam dlm api je la jwbnya.
Integriti istilah yg mengambarkn sifat jujur tanpa rasuah secara mudahnya. Tp sape pernah tgk citer “sivaji the boss” pasti pernah tgk adegan yg mane ketika kerajaan memerintah hampir berpuluh2 guni wang utk rasuah. Bila pembangkang naik je pon same gak berguni-guni duit utk rasuah. Maknanya ak xpercaya kalo pemerintah berubah rakyat Malaysia lebih berintegriti. Mgkin mereka boleh kata mereka rasuah sifar,tp kalo yg ckp 2 pn kaut duit bwh meja sape tau ye x?? Sekrg pon walau dh byk kes rasuah bocor tp masih ade lg. Dah pasti la sebhgn dr pemimpin raja segala rasuah,xkesah la dr pembangkang atau kerajaan mesti ade yg pecah amanah. Dh nama manusia xkn la berhati malaikat bile masuk parti yg berlilit kopiah. Walaupon gmbar penimbang yg sama level,tp bwh penimbng letak magnet sape yg tau.
Jgn sampai jd macam ni dh la....
Kesimpulannya,kita kene la contoh korea n jepun yg patriotic memperjuangkn kesejahteraan Negara. Bukan sebb kepentingn diri atau nak balas dendam,putuskn saudara sebb xsama ideology. Kutuk sana,kutuk sini wahlal buang masa kat kedai kopi. Cengkerang xkn bergerak kalau umang2 suka tidur. Apa2 pon xde maknanya putus saudara sebb politik,politik 2 adalh perjuangn bersama bukan satu pihak je. Menang jd abu kalah jd arang!!!!
<hamba mengundur jasad>

Sunday, January 2, 2011

Cinta monyet menghumban bakal anak monyet ke tong sampah……

Salam…….
Hahahaha………
Istilah couple dh selalu kite dengo,dulu org gelar berasmara. Budak2 remaja cam ak memang famous dengan istilah ni,darah muda katakn. Aku pun hampir2 terjebak kealam percintaan yang penuh dengan penipuan dan kekeliruan ni,chewah!!! Kali pertama perkara ni terjadi kt kawan ak masa umur ak bru darjah 5. Diorg men kirim2 surat la,siap kantoi dgn cikgu kanseling plak. Macam la pelik tapi 2 le hakikat,ye la budak2 baya ak mase 2 mane ad henpon. Sms pon xtau ape bende alah 2,tapi ak pon xtau ape perasaan diorg mase 2. Cinta yg diorg canang 2 cmne rupenye,suke sebab ape,cara suke mcmmana,nak disampaikan dgn cara apa,adakah memadai hanya mengaku jadi awek?? Sampai sekrg ak dok tertanya dalam benak ak ni. Apa2 pon mase 2 dh berlalu lama dah,zaman sekarang xla mcm zaman ak dulu.
Sekarang ni budak2 bercinta dlm pemikiran blom matang,malah perlakuan couple 2 lebih dari org yg dah matang lakukan. Diorg cume tau seronok  bile dpt pegang tgn, bercumbu-cumbu malah sampai bawak ke katil,sedangkn kesan lepas 2 yg menghumbankn diorg ke penyesalan seumur hidup. Ada jugak yg dh terlnjur mengandung anak tak sah taraf berkali-kali tapi xmenyesal pon. Ingat lagi mase ak bru masuk tingktn 1,sorg budak pompuan yg sama baya ngn aku boleh wat perniagaan menjual badan. Huargh!! Mesti ade mak bapak yg terkejut dgn statement ni,tapi itulh hakikat memandangkn budak2 pompuan zaman sekarang dh hilang sifat malu. Jual badan maksud ak diorg bleh benarkn budak lelaki raba diorg. Raba apa?? Ah ni kita xtau,tp fhm2 la kn apa yg budak lelaki gersang zaman sekarang nak kalau citer lucah dh mcm citer kartun budak2 sekarang tgk,tanpa rasa bersalah!!!!
Pendidikan seks memg ada relevennya,tp budak darjah 5 pon rata2 dh tau ape 2 seks n akibat kalo wat benda2 tu tanpa perlindungn kehamilan. Islam dh gariskn hubungn seks sebelum kahwin 2 haram, pendidikan seks xkn berjaya kalo xditekankn skali dgn pendidikan agama. Tak tau la kalo pendidikan seks 2 nk mengajar cara2 seks selamat pulak. Maknanya seks sebelum kahwin xpe kalo gune kondom n pil cegah kehamilan. Hmm..kalo  mcm 2 kite jd la binatang sprt khinzir,tenuk n kucing,bleh kongsi2 pasangan n kalo ade anak buang je dlm tong sampah. Kalo hidup bleh bernafas kt rumah anak yatim,kalo mati  sama2 terperuk dgn sampah2 di tempat pelupusan.
Era modenisasi membuatkn kita kembali ke zaman jahiliah malah lebih teruk dari zaman batu yg mnjd khayalan org2 barat. Kalo ikut quran mane la nabi adam dulu xberbaju n berbulu cm monyet yg xde akal 2. Malahn turunnya adam ke bumi penuh dgn ilmu yg telah diajar di syurga,adam n hawa dh tau wat pakaian,cari mknn n wat tempat tinggal utk berteduh. “Back to nature” mcm yg mereka selalu katakn,xheran la kalo diorg kata bogel 2 seni sebb atuk nenek moyang diorg dulu pn berbogel n berbulu satu badan. Tp yg teruknya kita yg berbudayakn timur penuh dgn sopan santun mlhn beragamakn islam yg membawa tamadun manusia kearah moral yg tinggi akhirnya mengagumi teori bodoh n bebal dr barat. Dgn 2 xheran jugak la kalo tukar2 pasangn xpe sebb diorg pikir yg nenek moyang diorg dulu pon monyet, kalo keluo anak monyet pon xpe sebb tong sampah kn byk…..
Apa2 pon kita dah tenat dh kt Malaysia ni n xkesah la kalo ade penurun ke tahun ni atau tahun2 yg mendtg,hakikatnya sudah berapa byk anak luar nikah dh lahir di bumi Malaysia ni?? Malahn anak2 luar nikah yg 20 ke 30 thn dulu siap dh kahwin n paling menyedihkn diorg pon terbawak budak dulu sblm kahwin mcm mak bapak diorg dulu. Dari generasi ke generasi melahirkn anak haram, sebb 2 Rasulullah pon menggariskan keturunn sebagai syarat utk dipilih sebagai isteri,takut waris jari hantu plak. Tapi anak yg lahir 2 xberdosa,andai si suami pandai didik n perempuan  dilamar mengikut saluran yg betul xde la sejarah lama berulang blek. Cinta monyet 2 hanyalh perasaan keliru budak2 je bagi aku,sebb 2 la ak xamek port sgt cinta2 sekolah ni. Sebb bila kita dh merantau,masuk u, atau bekerja masa 2 mata kita terbukak bahawa tulang rusuk Adam bukan hanya kwn berlawanan jantina yg duduk sebelah kita dlam kelas. Membazir kalau kerna perasaan keliru 2 kita rosakkn zaman remaja yg patut kita wat mende yg menaikkan nilai hidup. Suka 2 fitrah tp couple 2 pembawa masalah, kalo setuju baguslah kalo x lantak kaulah……..
<hamba mengundur jasad>